Utama > PENGENALAN

08-Feb-2019

Pusat pengajian Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rashid (MTQSIR) telah ditubuhkan pada 26hb Januari 2007 yang di asaskan oleh Allahyarham YAA Dato’ Ali Bin Ahmad (Ketua Hakim Syarie Negeri Johor). Merangkap Pengerusi Ahli Jemaah Pengurusan. Bermula di Taman Baiduri Perling sehingga Mac, 2008 dan seterusnya berpindah ke No. 1 Jalan Masjid Abu Bakar. Pada tahun 2011, Madrasah telah membuka cawangan di Bandar Baru Uda setelah menerima wakaf rumah banglo dua tingkat di alamat : No 3 Jalan Padi Huma 6, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Bangunan itu diwakafkan oleh Tuan Haji Fauzi Bin Ibrahim (pemilik Sri Sutera Auto). Pada bulan Ogos 2014, Madrasah telah berpindah ke bangunan sendiri yang telah diwakafkan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Mohd Shariff di Lorong Manggis Kampung Sinaran Baru Johor Bahru. Pusat pengajian MTQSIR ini ditadbir oleh Ahli Jemaah Pengurusan yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Syed Ahmad Bin Syed Abdullah Al-Eidrus bertanggungjawab untuk melaksanakan misi dan visi Madrasah.
Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rashid menawarkan sistem pengajian hafiz Al-Quran secara berterusan (sepenuh masa) sehingga hafiz 30 juzuk, tempoh pengajian (waktu hafazan) ialah di antara 3 hingga 4 tahun. Selain itu pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan pengajian tambahan iaitu Bahasa Arab, Fardhu Ain, Tajwid, Sirah dan Hadis serta Tauhid.