Image Banner

IBU DAN AYAH : ANUGERAH TERINDAH DARI ALLAH SWT

Ibu dan Ayah: Hadiah Terindah dari Allah SWT
 
 
Firman Allah SWT:
وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٖ وَفِصَٰلُهُۥ فِي عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيۡكَ إِلَيَّ ٱلۡمَصِيرُ
 
Maksudnya: Kami telah memerintahkan manusia agar melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkan dalam keadaan lemah (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam usia dua tahun. (Maka) bersyukurlah kepadaKu serta kepada kedua ibubapamu dan hanya kepada Akulah tempat kembali.
Surah Luqman: Ayat 14
 
- Ibu dan ayah adalah anugerah terhebat dalam kehidupan, sumber cinta, doa, dan pengorbanan yang tidak ternilai. Kehilangan mereka adalah ujian besar yang meninggalkan kekosongan mendalam, namun Islam mengajarkan kita untuk menghormati, mendoakan, dan terus mengenang jasa mereka.
 
- Dalil-dalil Al-Quran dan hadis menekankan kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa, menghormati mereka semasa hayatnya, serta mendoakan keampunan dan rahmat bagi mereka setelah mereka tiada. Walaupun kehilangan mereka sukar diterima, kasih sayang dan kenangan mereka tetap hidup dalam hati kita.
 
- Sebagai anak, tanggungjawab kita ialah memastikan doa dan amalan baik sentiasa dikirimkan kepada mereka sebagai bukti cinta yang abadi. Semoga Allah mengampuni dosa mereka, merahmati roh mereka, dan mengumpulkan kita kembali di syurga-Nya kelak.
 
Jom sedekah, dan hadiahkan pahala buat ibu ayah...
 
Nama akaun : MTQSIR BHD.
Bank : Maybank Islamic
No. Akaun : 5511 3710 9665
 
Semoga Allah SWT mencurahkan lagi nikmat-Nya buat kita dan keampunan-Nya buat ibu ayah kita.
 
Firman Allah swt, maksudnya :
"Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepadamu..." (Ibrahim : 7)
 
Amin Ya Rabbal Alamin 🤲
LAGI

SELAMAT KEMBALI KE ASRAMA

"Datang dengan keazaman, pulang dengan kejayaan..."
 
MTQSIR mengucapkan selamat kembali ke madrasah kepada semua pelajar.
 
Semoga lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan menuju huffaz.
 
Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat maju jaya.
LAGI

1 REJAB 1446H

Salam Rejab 1446H
 
Selamat Tahun Baru 
 
Moga bulan Rejab dan tahun baru 2025 ni hidup kita lebih baik, bertambah amal dan ilmu.
LAGI

TAHUN 2025 BAKAL MENJELMA

2025 BAKAL TIBA!!!
 
Apa azam tahun baru anda?
.
Pastikan ada matlamat baru!
.
Tanamkan sekarang apa yang ingin dicapai!
.
Teruskan menghafaz A-Quran tanpa jemu!
.
InsyaAllah 2025 boleh Khatam 30 juzuk!
.
Tingkatkan fokus untuk mencapai kecemerlangan!
.
Moga kita semua berjaya di dunia akhirat, InshaAllah!
LAGI

JAWATAN KOSONG WARDEN ASRAMA!!!

Assalamualaikum wbt...
Jawatan kosong untuk diisi SEGERA sebagai :-
WARDEN ASRAMA LELAKI
 
MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN SIDI IBRAHIM AR-RASHID
di Kampung Sinaran Baru, Skudai Johor.
Syarat Kelayakan :-
✅ Lelaki
✅ Islam
✅ Bujang
✅ Umur 25 hingga 40 Tahun
✅ Lepasan Madrasah & SPM
✅ Seorang hafiz satu kelebihan
✅ Pengetahuan dalam Fardhu Ain
✅ Tidak merokok & menghisap vape
✅ Wajib tinggal di Madrasah
✅ Boleh menggunakan komputer (word, excel, power point)
✅ Sihat tubuh badan
✅ Berakhlak baik dan memberi komitmen yang baik
✅ Berdisiplin
✅ Aktif bersukan
✅ Boleh bekerja lebih masa dan dalam kumpulan
✅ Mempunyai lesen memandu kelas D
👍Faedah:
1. Tempat tinggal & makan minum disediakan.
2. Cuti rehat mingguan.
3. Rawatan & Perubatan.
4. Takaful kemalangan diri.
📞 Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi
018-9886840 (Pejabat)
013-7586840 (Mudir)
atau sila email resume kepada madrasahtahfizquran@gmail.com
LAGI

JOM BANTU KAMI BAYAR BIL AIR!!!

"Katakanlah: 'Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNYA di antara hamba-hambaNYA dan menyempitkan bagi(siapa yang dikehendakiNYA)'.Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka ALLAH akan mengantikannya dan Dialah Pemberi Rezeki sebaik-baiknya" (Surah Saba', ayat 39)

Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rashid (MTQSIR) dengan ini merayu dan membuka peluang Tuan/Puan yang ingin berbuat kebajikan membantu kewangan madrasah dengan menyumbang seberapa mampu membayar Bil Air Bulanan MTQSIR dengan purata sebulan Bil Air : RM 2,000.00.

BIL AIR MERANGKUMI:
➡ Bangunan Pengajian
✓ Kelas
✓ Surau
➡ Bangunan Asrama & Pentadbiran
✓ Pejabat Pentadbiran
✓ Bilik Seminar
✓ Dapur

Marilah kita merebut peluang ini membantu bersama dalam menyediakan fasiliti kepada anak-anak pelajar MTQSIR (50 orang) yang mengaji Al-Quran dan Hadis walaupun dengan hanya RM1, RM10, RM30, RM50 atau pun mengikut kemampuan serta membantu menyebar luaskan iklan ini kepada kenalan.

Semoga asbab amalan inilah membawa kita jalan ke Syurga🥰

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI KAEDAH:
⿡ JomPAY Di Perbankan Internet
➡ No akaun SAJ : 80876154J7996038

⿢ Akaun Bank Rasmi Sekolah
➡ Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
➡ Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rashid
➡ 1101996457
📌 Recipient Reference: Infaq Bil Air

⿣ Sumbangan Tunai Di Kaunter Pejabat Madrasah Beralamat:
MTQSIR,
Lot 51540 Lorong Manggis,
Kampung Sinaran Baru,
81300 Skudai, Johor.

Lokasi Peta Madrasah by Google Map: https://maps.app.goo.gl/DTrokB1dmYC2T53Y9

🙋‍♂ JOM INFAQ BIL UTILITI SECARA TETAP BULANAN

☎ PERTANYAAN, HUBUNGI:
013-7586840 (Mudir - Ust Ihsan)
018-9886840 (Pejabat Madrasah)

LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan