Utama > Dana Pembangunan

08-Feb-2019

Nama akaun         : MTQSIR BHD.

Bank                         : Maybank Islamic

No. Akaun              : 5511 3710 9665

 

Tujuan dan Harapan

 

MTQSIR mendidik dan mendedahkan cara hidup Islam yang sempurna sebagaimana yang diterapkan dalam mata pelajaran dan susunan jadual harian dan memberi harapan kepada ibubapa dan penjaga untuk mendidik anak-anak mereka dalam pendidikan Islam supaya anak-anak mereka mampu memahami agama Islam yang sempurna. Pada masa ini MTQSIR mempunyai satu bangunan asrama, kelas, ruang makan, dapur dan pejabat yang mampu menampung sejumlah 111 pelajar pada satu masa. MTQSIR juga dilengkapi dengan sebuah surau. MTQSIR sudah mempunyai 120 pelajar dan setiap tahun permintaan yang tinggi dari masyarakat setempat.

Oleh kerana permintaan yang tinggi, MTQSIR memerlukan tambahan tapak tanah di Lot 51540 bersebelahan dengan tapak madrasah yang bernilai RM 1.5 juta, dan memerlukan sebuah bangunan tambahan bagi menampung permintaan yang tinggi yang menelan belanja sebanyak RM2.5 juta seperti lampiran Pembangunan.

Besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala jasa baik dan keprihatinan tuan dalam perkara ini kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.