Utama > Visi, Misi,

08-Feb-2019

Visi

Menjana para huffaz rabbani yang beramal dengan Al-Quran dan berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan Fiqh (Syafie) dan Tauhid (As-sya’irah), serta membina peribadi mithali pemangkin ummah.

 

Misi

Melahirkan generasi Al-Quran intelektual yang berdaya saing peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Matlamat

  1. Melahirkan pelajar yang mahir membaca Al-Quran dengan cara yang terbaik dan tersusun seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran.
  1. Menyemaikan minat mempelajari, memahami, beramal segala perintah-perintah Allah swt. berdasarkan kitab Allah (Al-Quran) dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w. dan menyampaikan kepada masyarakat.
  1. Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia yang berpandukan kepada ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w serta mendidik dan membimbing mereka supaya menjadi insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.
  1. Melahirkan generasi muda yang dapat menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran dan keyakinan kepada diri pelajar dengan amalan yang dapat membawa kejayaan di dunia dan akhirat.
  1. Melatih pelajar supaya berbakti kepada agama, ibu bapa, Madrasah dan masyarakat apabila berjaya menamatkan pengajian kelak.
  1. Penubuhan MTQSIR atas rasa tanggungjawab. Membela nasib anak bangsa untuk menghayati cara hidup dan budaya islam. MTQSIR ditubuhkan atas dasar kebajikan dan bukan keuntungan. Semua ahli jemaah pengurusan berkhidmat secara sukarela