Utama > Falsafah Pendidikan

08-Feb-2019

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

 

Falsafah Pendidikan Islam Negeri Johor

Pendidikan islam adalah wadah yang canggih dan proses yang berterusan secara dinamik bagi pembentukan insan yang kamil dan syamil secara sepadu  dan seimbang berteraskan prinsip akidah dan syariah dan akhlak bersumberkan al-quran, as-sunnah, ijma’ dan qias melalui proses ta’lim tarbiah dan takdib yang terancang untuk mengembangkan potensi jiwa, intelek, emosi dan jasmani sehingga tercerna jiwa kehambaan yang terpadu berbagai upaya dan daya yang menjadi asas perlaksanaan tanggungjawab kekhalifahan  untuk mencapai hasanah di dunia dan akhirat.

 

Falsafah Pendidikan MTQSIR

Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Agama Islam Johor adalah menjadi teras kepada Falsafah Pendidikan MTQSIR. Pendidikan yang disediakan adalah bagi mengintegrasikan pengajian hafazan Al-Quran dengan pendidikan Islam yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah untuk melahirkan cendekiawan Islam dan menjadi pemimpin masyarakat yang profesional, dinamik, berkaliber, berdikari, inovatif, berketerampilan dan berwawasan untuk menangani, menghayati, dan merealisasikan bidang duniawi dan ukhrawi dalam menghadapi cabaran terkini.